Plan Madani
MADANI
Pengenalan
Setiap ibu bapa ingin memastikan anak-anak mereka mempunyai permulaan yang
terbaik dalam kehidupan dan kerjaya masa hadapan mereka. Tiada yang lebih baik
daripada mengutamakan pendidikan mereka sebagai permulaan.
Walau bagaimanapun, kos pendidikan kini semakin mahal dan meningkat dengan
cepat di seluruh dunia. Etiqa Madani merupakan pelan pendidikan takaful yang
melindungi dan meringankan beban kos pendidikan.
Sumber: Madani
Ciri-Ciri Utama
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia
Warganegara Asing
Nota:
Terbuka kepada warganegara Brunei dan Singapura yang menetap di Malaysia (memiliki
alamat rumah yang sah di Malaysia).
Umur Kelayakan
Akaun Persendirian
11 tahun sehingga 15 tahun
Nota:
Bergantung pada persetujuan ibubapa atau penjaga sah
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
Anak
14 hari sehingga 15 tahun
Pembayar:
Ibubapa (Suami @ Isteri)
17 tahun dan ke atas
Tempoh Matang
15 tahun, 21 tahun atau 25 tahun
Nota:
Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 5 tahun bagi tempoh
matang sehingga berumur 15 tahun. Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini
adalah berumur 10 tahun bagi tempoh matang sehingga berumur 21 tahun. Maksimum
umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 15 tahun bagi tempoh matang
sehingga berumur 25 tahun.
Jumlah Yang Dilindungi
(Kenaikan Setiap RM 1,000.00)
Minimum: RM 15,000.00
Maksimum: Tiada had (Bergantung pada polisi ‘Underwriting’)
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
.
Manfaat Utama
Manfaat Kematian
Sekiranya berlakunya kematian terhadap pemegang
sijil sebelum tarikh matang polisi. Jumlah Pampasan atau Jumlah
Caruman berserta dengan Lebihan Pelaburan akan
dibayar terus kepada waris sekaligus.
Contoh:
Ayah: Malik bin Abu (Pembayar)
Anak: Aisyah bin Kamaruddin (Pemegang Polisi)
Tarikh Matang: 15 tahun (umur anak)
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Bulanan: RM 100
Aisyah meninggal pada tahun ketiga (36 bulan) polisi aktif. Malik sebagai
pembayar dan waris akan memperolehi RM 16,000 sebagai pampasan.
Kaedah 1: (Jumlah Perlindungan + Lebihan Pelaburan)
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Perlindungan |
15,000.00 |
Lebihan Pelaburan |
1,000.00 |
JUMLAH |
16,000.00 |
*Anggaran sahaja
Kaedah 2: (Jumlah Caruman + Lebihan Pelaburan)
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Caruman |
3,600.00 |
Lebihan Pelaburan |
1,000.00 |
JUMLAH |
4,600.00 |
*Anggaran sahaja
Nota:
Jumlah pampasan yang diterima berdasarkan jumlah
tertinggi antara dua kaedah perkiraan seperti yang ditunjuk di atas. Kiraan
yang ditunjuk adalah sebagai contoh sahaja untuk memudahkan kefahaman.
Kematian Akibat Bunuh Diri
Status |
Kurang 1 Tahun |
Selepas 1 Tahun |
Tidak Gila |
Pemulangan keseluruhan Jumlah Caruman yang telah
dibuat |
Kaedah 1 @ Kaedah 2 yang mana lebih tinggi |
Gila |
Kaedah 1 @ Kaedah 2 yang mana lebih tinggi |
Kaedah 1 @ Kaedah 2 yang mana lebih tinggi |
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
Sekiranya berlakunya kecacatan kekal terhadap
pemegang sijil sebelum tarikh matang polisi. Jumlah Pampasan atau Jumlah
Caruman (yang mana lebih tinggi) berserta dengan Lebihan
Pelaburan akan dibayar terus kepada waris sekaligus.
Contoh:
Ayah: Malik bin Abu (Pembayar)
Anak: Aisyah bin Kamaruddin (Pemegang Polisi)
Tarikh Matang: 15 tahun (umur anak)
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Bulanan: RM 100
Aisyah meninggal pada tahun ketiga (36 bulan)
polisi aktif. Malik sebagai pembayar dan waris akan memperolehi RM 15,000
sebagai pampasan.
Kaedah 1: (Jumlah Perlindungan + Lebihan Pelaburan)
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Perlindungan |
15,000.00 |
Lebihan Pelaburan |
1,000.00 |
JUMLAH |
16,000.00 |
*Anggaran sahaja
Kaedah 2: (Jumlah Caruman + Manfaat Tunai
Pendidikan + Manfaat Perayaan + Lebihan Pelaburan)
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Caruman |
3,600.00 |
Lebihan Pelaburan |
1,000.00 |
JUMLAH |
4,600.00 |
*Anggaran sahaja
Nota:
1. Jumlah pampasan yang diterima berdasarkan jumlah
tertinggi antara dua kaedah perkiraan seperti yang ditunjuk di atas. Kiraan
yang ditunjuk adalah sebagai contoh sahaja (tidak tepat) untuk memudahkan
kefahaman.
2. Manfaat Tunai Pendidikan & Manfaat Tunai
Perayaan hanya dibayar bersekali sekiranya masih belum menerima sewaktu hidup.
3. Had maksimum pembayaran bagi HUMK adalah
sebanyak RM 2 juta sahaja untuk semua polisi.
4. Tertakluk pada polisi ‘Juvenile Lien’.
Manfaat Tunai Pendidikan (Education Cash Benefit)
Pemegang polisi akan menerima Manfaat Tunai
Pendidikan pada dua tahun terakhir sebelum polisi matang. Jumlah yang
diperolehi adalah sebanyak 10 peratus dari Jumlah Perlindungan terkini.
Tarikh Matang (Usia Peserta) |
Pembayaran Pada Penghujung Tahun Sijil |
Jumlah Peratusan Yang Diterima Berdasarkan Jumlah Perlindungan |
15 tahun |
12 & 13 |
10 % |
21 tahun |
19 & 20 |
10 % |
25 tahun |
23 & 24 |
10 % |
Nota:
1. Jumlah yang diperolehi bagi Manfaat
Tunai Pendidikan adalah bergantung kepada Jumlah
Perlindungan yang terkini (sekiranya berlakunya peningkatan atau
pengurangan pada jumlah perlindungan sedia ada).
2. Manfaat ini hanya dibayar sekiranya polisi masih
lagi aktif. Manfaat ini akan terbatal sekiranya pemegang polisi meninggal dunia
atau cacat kekal (HUMK).
Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 20,000
Tempah Matang: 21 tahun
Manfaat Tunai Pendidikan: Dibayar pada usia 19
tahun dan 20 tahun sebanyak 10% dari Jumlah Perlindungan yang diambil
Pengiraan:
Pemegang Polisi ketika berusia 19 tahun (hari lahir
seterusnya):
RM 20,000 x 10% = RM 2,000
Pemegang Polisi ketika berusia 20 tahun (hari lahir
seterusnya):
RM 20,000 x 10% = RM 2,000
Jumlah Keseluruhan: RM 4,000
Manfaat Tunai Meraikan (Education Celebration
Benefit)
Pemegang polisi akan menerima Manfaat Tunai
Meraikan sebanyak RM 500 selepas menamatkan pembelajaran
di peringkat rendah atau seangkatan dengannya. Dengan syarat polisi perlu aktif
melebihi 2 tahun dan caruman telah dibayar sepenuhnya (tiada tunggakan).
Pemegang polisi perlulah membuat tuntutan dengan
mengemukakan dokumen seperti siji tamat sekolah sebagai bukti. Manfaat
Tunai Meraikan akan dibayar selepas polisi matang sekiranya tuntutan
tidak dibuat sepanjang tempoh aktif polisi.
Manfaat Kematangan
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga
tarikh matang plan simpanan. 130 % dari Jumlah Perlindungan serta Jumlah
Pelaburan (PIF) akan diserahkan pada pemegang polisi. Jumlah
Perlindungan yang diterima adalah terkini (sekiranya berlakukan kenaikan atau
pengurangan perlindungan sepanjang tempoh aktif).
Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Tempah Matang: 21 tahun
Jumlah Perlaburan: RM 21,676 (Anggaran)
Jumlah Keseluruhan: RM 19,500 (130%) + RM 21,676
= RM 41,176
Nota:
1. Jumlah yang diperolehi hanyalah sebagai anggaran
sahaja. Bergantung pada prestasi tabung pelaburan.
2. Jumlah yang diperolehi ini tidak termasuk
Manfaat Tunai Meraikan (RM 500) serta Manfaat Tunai Pendidikan (20% dari Jumlah
Perlindungan).
Manfaat Pengeluar Separa
Pengeluaran sebahagian dari simpanan hanya boleh
dilakukan berdasarkan syarat seperti berikut:
1. Minimum pengeluaran sebanyak RM 50
2. Baki simpanan minimum RM 50
3. Maksimum pengeluaran sebanyak 80% dari jumlah
simpanan terkini
4. Pengeluaran dibenarkan dibuat sekali dalam
tempoh setahun
5. Pengeluaran perlukan berdasarkan keperluan pemegang
polisi sahaja
Perlindungan Fleksibel
Manfaat Rider
Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas
simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.
Berikut adalah pilihan Rider yang ada:
1. Rider Kad Perubatan (Takaful Medical Plus)
2. Rider Penyakit Kritikal (39 Penyakit Kritikal)
3. Rider Manfaat Tunai Hospital
4. Rider Tambah Nilai Tetap
5. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Penyakit Kritikal
6. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Kematian & Cacat Kekal
Untuk memohon, sila hubungi:
0193218371 (Puan Sharifah)
0189773177 (En Rashdan)
Atau boleh isi online request form di bawah
Post a Comment